Monte cristo homestead
Monte Cristo Homestead yang terletak di Junee, New South Wales, dikatakan rumah paling berhantu di Australia. Pelawat dan pekerja banyak melaporkan terlihat hantu daripada pemilik asal yang telah meninggal dunia, The Crawleys. Rumah ini sekarang menjadi gudang antik dan tarikan pelancong serta telah banyak kali masuk dalam kaca TV.
50 berkeley square
50 Berkeley Square dibina pada tahun 1740. Rumah ala bandar 4 tingkat ini sekarang dikenali sebagai rumah paling berhantu di London. Terdapat banyak tau kes kematian dan kejadian ghaib yang dilaporkan di aras paling tinggi dalam bangunan ini.
Changey beach
Semasa penjajahan Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua, dalam pembunuhan terancang yang dinamakan operasi Sook Ching, orang Cina dibawa oleh askar Jepun ke sebuah lokasi terpencil dan dibunuh. Antara lokasinya adalah Taman Pantai Changi yang dikatakan tangisan mangsa masih kedengaran. Muka seperti hantu juga dilaporkan berkeliaran di sekitar pantai tersebut, meninggalkan jejak berdarah,scary tuh!🎃
Bachelor’s Grove Cemetery
Bachelor’s Grove Cemetery adalah sebuah tanah perkuburan kecil di Chicago dan tiada apa yang menarik padanya. Namun begitu, ia menjadi kawasan panas untuk rituan pemujaan syaitan setelah sekian lama. Ritual itu telah menyebarkan khabar angin yang ada penampakan hantu di tanah perkuburan terkenal dengan gambar yang diambil pada tahun 1991 menggunakan kamera infra-merah, yang menunjukkan seorang wanita kulit putih sedang duduk.
Bhangarh Fort Ruins
Bhangarh Fort terletak di lereng bukit dalam runtuhan bangunan di Bhangarh, Rajasthan, India. Legenda mengatakan yang seorang tantrik atau ahli sihir bernama Singhia, dalam cubaan menggoda puteri Bhangarh menjadi mangsa sihirnya sendiri dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, telah menyumpah tempat ini. Dalam setahun selepas kematiannya, puteri tersebut terbunuh dalam sebuah pertempuran antara Bhangarh dan Ajabgarh.
Muzium Babenhausen
Muzium Babenhausen adalah bekas berek Jerman yang dipercayai dihantui dengan hantu askar Jerman. Dikatakan terdapa seorang ahli sihir yang dibunuh di bandar Babenhausen dan sejak itu, hantunya telah mengambil nyawa beberapa orang askar Jerman yang sehingga kini, jika seorang askar melawat muzium itu dan menjawab panggilan telefon, dia akan mendengar suara perempuan bercakap di belakang.
Union Cemetery
Union Cemetery of Easton di Connecticut dipercayai merupakan salah sebuah tanah perkuburan paling berhantu di Amerika Syarikat. Laporan kejadian berhantu termasuklah Perempuan Berkulit Putih dan sepasang mata merah, melihat dari semak. Beberapa variasi legenda menyelubungi kedua-dua fenomena.
The Screaming Bridge of Maud Hughes Road
Maud Hughes Road of Liberty Township, Ohio dipercayai dihantui oleh beberapa orang manusia yang kehilangan nyawa mereka atau membunuh diri di atas jambatan. Menurut satu legenda, seorang perempuan melempar bayinya daripada jambatan itu ke atas laluan kereta api lalu menggantung dirinya sendiri. Kelibat figura hitam berkelubung dan kereta api berhantu juga dilaporkan.
The George Stickney House
Sekarang menjadi Jabatan Polis bagi kampung Bull Valley di McHenry County, Illinois, Stickney Mansion dikatakan dibelenggu oleh entiti paranormal, yang pernah digunakan oleh Stickney untuk mempersembahkan séances di dalam rumah untuk menghubungan anak-anak mereka yang telah meninggal.
Seram sungguh membaca kisah dan sejarah di sebalik bangunan-bangunan lama yang nampak seperti biasa sahaja. Beginilah yang orang kata air yang tenang tiada buaya. Eh, betul ke gitu? Kah3. Wassalaam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan