Selasa, 29 Disember 2015

Dikacau hantu di Rumah baru??



Kisah ini berlaku kepada seorang isteri Indonesia..

Dia kata 

 Dalam awal 1970-an, aku dan suamiku telah berpindah ke rumah baru kami. Kedua-dua anak kami ditinggalkan di rumah ibuku, memandangkan kami suami isteri keluar berkerja setiap hari. Kali pertama kali bermalam di situ, suamiku telah bermimpi ketika pulang dari kerja dan membuka pintu rumah, dia terlihat di dalam rumah kami itu ada kubur cina yang masih baru, lengkap dengan bunga dan tanglong. Keesokan harinya, suamiku pun bertanyakan pada seorang kawan yang memang mahir dalam perkara-perkara yang aneh aneh. Kawannya menerangkan rumah kami itu bersententangan dengan sebuah bilik mayat dan tapak rumah kami itu adalah bekas tanah perkuburan cina.

Oleh kerana suamiku berkerja shift, aku sering tinggal sendirian di rumah. Selang beberapa minggu tinggal di situ, aku mulai merasa tidak sedap hati. Takut dan rasa seram sejuk barcampur baur apabila aku berseorangan di rumah. Kadangkala, apabila perasaan begitu terlalu kuat, aku akan ke rumah kakak iparku, dan suamiku akan menyongsongku ke sana. Kerap kali, semasa aku kesaorangan pada jauh malam menantikan kepulangan suami, aku merasakan seolah-olah suamiku membuka pintu rumah, mengangat kasut dan meletakkannya di dapur, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami. Apabila aku membuka mata, beliau tidak ada. Setiap kali begitu, bulu romaku berdiri tegak.

Pada suatu malam, ketika suamiku berkerja, aku telah dikjutkan suatu suara halus dan sayup sekali kedengarannya. Di antara tidur dan jaga itu, aku terdengar suara halus seorang perempuan berkata, "Abang tak da ya..tinggal sorang ya!" lalu mengilai panjang. Apabila aku membuka mata, tercegat satu lembaga perempuan berdiri dekat tepi katilku sambil tersenyum melihatku. Wajahnya sungguh hodoh dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Pakainya serba putih. Seluruh tubuhku menggigil, tetapi aku tidak dapat melarikan diri kerana pintu bilikku berada dibelakangnya.

Perlahan lahan aku menarik selimut sambil membaca ayat ayat kursi. Lembaga itu merenung tajam ke arahku dan begitu juga aku. Aku tak berani memejamkan mataku kerana khuatir kalau lembaga itu mencekik leherku. Mulutku tak henti henti membaca ayat ayat suci. Lama jugak lembaga itu memerhatikankku. Tetapi, beberapa minit kemudian dia berpusing dan menghilang ke bahagian dapur. Sejak malam itu, aku tidak berani lagi tidur seorang diri dirumah kami.

Isnin, 28 Disember 2015

Tempat2 menyeramkan dalam dunia nyata (takkan tak nyata)

Assalam,selamat datang ke blog hantu ketuk pintu👻kalini Fatin nak bagilah pasal tempat menyeramkan di dunia dan bla bla bla bla bla bla.........dan kita mulakan ya



Monte cristo homestead


Monte Cristo Homestead yang terletak di Junee, New South Wales, dikatakan rumah paling berhantu di Australia. Pelawat dan pekerja banyak melaporkan terlihat hantu daripada pemilik asal yang telah meninggal dunia, The Crawleys. Rumah ini sekarang menjadi gudang antik dan tarikan pelancong serta telah banyak kali masuk dalam kaca TV.

50 berkeley square
50 Berkeley Square dibina pada tahun 1740. Rumah ala bandar 4 tingkat ini sekarang dikenali sebagai rumah paling berhantu di London. Terdapat banyak tau kes kematian dan kejadian ghaib yang dilaporkan di aras paling tinggi dalam bangunan ini.
Changey beach

 


Semasa penjajahan Jepun di Singapura semasa Perang Dunia Kedua, dalam pembunuhan terancang yang dinamakan operasi Sook Ching, orang Cina dibawa oleh askar Jepun ke sebuah lokasi terpencil dan dibunuh. Antara lokasinya adalah Taman Pantai Changi yang dikatakan tangisan mangsa masih kedengaran. Muka seperti hantu juga dilaporkan berkeliaran di sekitar pantai tersebut, meninggalkan jejak berdarah,scary tuh!🎃 


Bachelor’s Grove Cemetery
BachelorsGroveCemtery 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Bachelor’s Grove Cemetery adalah sebuah tanah perkuburan kecil di Chicago dan tiada apa yang menarik padanya. Namun begitu, ia menjadi kawasan panas untuk rituan pemujaan syaitan setelah sekian lama. Ritual itu telah menyebarkan khabar angin yang ada penampakan hantu di tanah perkuburan terkenal dengan gambar yang diambil pada tahun 1991 menggunakan kamera infra-merah, yang menunjukkan seorang wanita kulit putih sedang duduk.
Bhangarh Fort Ruins
BhangarhRuins 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Bhangarh Fort terletak di lereng bukit dalam runtuhan bangunan di Bhangarh, Rajasthan, India. Legenda mengatakan yang seorang tantrik atau ahli sihir bernama Singhia, dalam cubaan menggoda puteri Bhangarh menjadi mangsa sihirnya sendiri dan sebelum menghembuskan nafas terakhir, telah menyumpah tempat ini. Dalam setahun selepas kematiannya, puteri tersebut terbunuh dalam sebuah pertempuran antara Bhangarh dan Ajabgarh.
Muzium Babenhausen
BabenhausenBarracks 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Muzium Babenhausen adalah bekas berek Jerman yang dipercayai dihantui dengan hantu askar Jerman. Dikatakan terdapa seorang ahli sihir yang dibunuh di bandar Babenhausen dan sejak itu, hantunya telah mengambil nyawa beberapa orang askar Jerman yang sehingga kini, jika seorang askar melawat muzium itu dan menjawab panggilan telefon, dia akan mendengar suara perempuan bercakap di belakang.
Union Cemetery
UnionCemetery1 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Union Cemetery of Easton di Connecticut dipercayai merupakan salah sebuah tanah perkuburan paling berhantu di Amerika Syarikat. Laporan kejadian berhantu termasuklah Perempuan Berkulit Putih dan sepasang mata merah, melihat dari semak. Beberapa variasi legenda menyelubungi kedua-dua fenomena.
The Screaming Bridge of Maud Hughes Road
ScreamingBridgeofMaudHughesRoad 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Maud Hughes Road of Liberty Township, Ohio dipercayai dihantui oleh beberapa orang manusia yang kehilangan nyawa mereka atau membunuh diri di atas jambatan. Menurut satu legenda, seorang perempuan melempar bayinya daripada jambatan itu ke atas laluan kereta api lalu menggantung dirinya sendiri. Kelibat figura hitam berkelubung dan kereta api berhantu juga dilaporkan.
The George Stickney House
GeorgeStickneyHouse 300x233 10 Tempat Paling Menyeramkan Di Dunia
Sekarang menjadi Jabatan Polis bagi kampung Bull Valley di McHenry County, Illinois, Stickney Mansion dikatakan dibelenggu oleh entiti paranormal, yang pernah digunakan oleh Stickney untuk mempersembahkan séances  di dalam rumah untuk menghubungan anak-anak mereka yang telah meninggal.
Seram sungguh membaca kisah dan sejarah di sebalik bangunan-bangunan lama yang nampak seperti biasa sahaja. Beginilah yang orang kata air yang tenang tiada buaya. Eh, betul ke gitu? Kah3. Wassalaam.